|
Guru berbincang dengan murid dan ahli keluarga |
Hari Permuafakatan SJK Chung Hua Batu 10 telah diadakan pada 22 Jun 2013. Objektif utama hari tersebut adalah bagi pihak sekolah berkongsi dan menyalurkan maklumat tentang perkembangan murid-murid di sekolah kepada ibubapa. Sesetengah ibubapa juga berkesempatan untuk berkongsi pengalaman dan idea untuk meningkatkan lagi prestasi anak-anak mereka.
Guru-guru dan ibubapa saling bertukar-tukar pendapat dan mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan pembelajaran murid-murid. Sambutan ibubapa adalah amat menggalakan.
|
Perjumpaan dengan Guru Kaunseling |
Walaupun pertemuan tersebut singkat tetapi amat bermakna dan telah membuka mata kedua-dua pihak sekolah dan juga ibubapa. Kerjasama yang erat antara komuniti dan warga sekolah adalah amat mustahak dalam melahirkan modal insan. Program seperti ini dijangka akan diteruskan untuk masa yang akan datang.
|
Perjumpaan dengan Guru Kaunseling |
|
Menunggu Giliran |
|
Guru Besar turut terlibat dalam perbincangan |
|
Sabar menanti untuk berjumpa guru |
|
Berkongsi idea dan pendapat |
|
No comments:
Post a Comment