Tuesday 3 September 2013

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 Peringkat Sekolah


Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada 30 Ogos 2013 yang lalu di dewan sekolah SJK Chung Hua Batu 10.

Aturcara sambutan adalah seperti berikut;
a) Nyanyian lagu Negaraku
b) Bacaan ikrar Rukun Negara
c) Ucapan Guru Besar dan laungan kemerdekaan
d) Tayangan Video
e) Persembahan oleh murid-murid
f) Menyanyi lagu patriotik sambil mengibarkan bendera

Objektif sambutan dan perhimpunan adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan patriotisme di kalangan murid-murid sekolah yang terdiri daripada berbilang kaum.

Sambutan daripada murid-murid adalah amat mengalakkan dan sambutan Minggu Kemerdekaan akan diteruskan dengan Pertandingan Keceriaan Kelas. Keputusan pertandingan akan diketahui tidak lama lagi dan akan dipaparkan.

Merdeka! Malaysiaku Berdaulat. Semoga negara kita akan terus aman dan harmoni.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 dan Hari Malaysia.


Perhimpunan Hari Kemerdekaan

Upacara memotong kek bersama murid yang lahir pada 31 Ogos
Kek Hari Kemerdekaan 2013

Murid-murid yang berbilang kaum
Acara mengibarkan bendera
Penari-penari kebudayaan


Semangat cintakan negara



















                                                        





                                                            <<Klik di sini untuk lebih Gambar>>

No comments:

Post a Comment